JAKARTA 18 Jun – Sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala berpuluh-puluh lagi hilang selepas bot yang dinaiki 80 penumpang karam di Danau Toba di utara Sumatera hari ini. Bot KM Sinar Baru dari Simanindo menuju ke Tigaras, Simalungun itu dilaporkan karam kira-kira pukul 5.30 petang akibat cuaca buruk. Sementara itu Ketua Agensi Mitigasi Bencana Alam, Maher Tamba berkata, seramai lima penumpang berjaya diselamatkan. Mangsa yang terselamat telah dihantar ke pusat kesihatan Simanindo untuk mendapat rawatan lanjut. – AFP/Agensi habis.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya