Senjata tikam kanak-kanak ditemukan - Utusan Malaysia

Senjata tikam kanak-kanak ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Polis telah menemukan senjata digunakan dalam kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Jalan Kuang Gunung 4, Kepong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai penemuan berkenaan berikutan bimbang akan mengganggu siasatan.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sudah menghantar suspek untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur semalam,” katanya.

Semalam, media melaporkan kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Selena itu ditemukan neneknya di dalam bilik stor kediaman mereka dengan lebih 30 kesan tikaman di badannya.

Berdasarkan hasil keterangan saksi, sebelum kejadian, suspek berusia 21 tahun yang merupakan saudaranya datang ke rumah tersebut bagi melawat ahli keluarga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN