KEDATANGAN Ramadan seakan-akan kurang sempurna andai tidak berbicara mengenai juadah berbuka puasa. Salah satu juadah berbuka puasa yang popular di negara ini ialah masakan tradisional dan tempatan. Menyedari hakikat itu, The Mill Cafe, Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur mengetengahkan tema Selera Malaysia sepanjang bulan mulia ini. Sehingga 14 Jun ini, para pelanggan berpeluang memilih 300 hidangan autentik dan tradisional yang diketuai oleh Cef Eksekutifnya, Laurent Lherisson. Antara hidangan yang diketengahkan…









