KUALA LUMPUR 10 Jun – Tiga jaringan pada minit terakhir permainan menyaksikan PKNS FC dan Selangor terikat 2-2 pada perlawanan Liga Super yang berlangsung penuh dramatik di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. Selepas mendahului 1-0 menerusi Rafael Ramzotti seawal minit ke-18, PKNS berada di ambang kekalahan selepas Selangor bangkit di hujung permainan dengan menyamakan kedudukan menerusi Rufino Segovia pada minit ke-89, diikuti jaringan D. Kugan, seminit sebelum tamat perlawanan. Begitupun,…