JURULATIH Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir (gambar) menyifatkan persembahan anak-anak buahnya sebagai menakjubkan apabila berjaya menumpaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) 2-1 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin. Skuad Gergasi Merah bakal berdepan pasukan sama Ahad ini untuk aksi ke-15 Liga Super di Stadium Shah Alam dan pengendali pasukan wakil Lembah Klang tersebut percaya para pemainnya akan mampu mengulangi aksi cemerlang untuk membenam skuad kendalian Datuk K. Rajagobal.…










