KOTA BHARU 21 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau meminta nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menguruskan perjalanan parti UMNO. Tegasnya, beliau dan rakan-rakan kepemimpinan yang lain mengetahui bagaimana untuk menguruskan parti itu sendiri. “Saya tidak perlu sebutkan isi perbincangan semasa perjumpaan dengan Tun Mahathir baru-baru ini kerana itu adalah pertemuan empat mata dan tidak elok…










