SHAH ALAM 24 Jun – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini dilihat semakin berpengaruh dalam PKR sedia disiasat berhubung dakwaan beliau dan isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin, mengumpul lebih RM300 juta sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor. Mohamed Azmin Dakwaan yang tiba-tiba muncul terutamanya selepas Mohamed Azmin berjaya membuktikan pengaruhnya dalam pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu, disifatkan Timbalan Presiden PKR itu sebagai berniat jahat, fitnah serta cubaan untuk mencemarkan reputasinya. Mohamed Azmin yang kini dilihat banyak pihak berkemampuan untuk menggugat ‘kem Segambut’ dalam PKR berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya