Saya diganggu orang Presiden kerana tegur isu 1MDB - Utusan Malaysia

Saya diganggu orang Presiden kerana tegur isu 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Jun – Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendedahkan pernah diganggu orang suruhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menegur beliau berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, antara orang suruhan Najib termasuk ahli UMNO di Bahagian Pasir Gudang.

“Saya ingat waktu skandal 1MDB mula timbul, ketika Presiden (Najib) datang ke Pasir Gudang. Saya dengan jelas mengingatkan bahawa UMNO ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.

“Setelah itu saya diserang dan dijadikan sasaran orang dan budak-budak Presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.

“Saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur Presiden. Mendukung saja beliau,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Amansari Resort, di sini sebentar tadi.

Mohamed Khaled bagaimanapun mengakui sikap terlalu mengutamakan Presiden dan bukan kepentingan parti antara penyebab UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Tindakan sedemikian adalah satu kesilapan, kita perlu berani menegur Presiden atau mana-mana pemimpin. Hidup dengan kebenaran, berjuang dengan kebenaran,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN