SELANGOR tampil dalam kelas tersendiri apabila membelasah ‘adik’, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) FC 4-0 dalam aksi pertama separuh akhir Piala FA di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam tadi. Penyerang berbisa skuad Gergasi Merah, Rufino Segovia sekali lagi menjadi instrumen penting buat kejayaan skuad kendalian Nazliazmi Mohd. Nasir selepas mencipta hatrik bertemu pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal tersebut. Dalam aksi itu, Selangor terlebih dahulu dikerah bekerja keras untuk menghadirkan jaringan memandangkan pemain-pemain PKNS FC berjaya mematahkan setiap serangan skuad Gergasi Merah. Saat yang ditunggu-tunggu peminat juara 33 kali Piala Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya