MOSCOW 20 Jun – Cristiano Ronaldo mengepalai senarai penjaring terbanyak selepas meledak gol keempat untuk Piala Dunia 2018, sekali gus membantu Portugal mencatat kemenangan 1-0 ke atas Maghribi di Stadium Luzhniki, sebentar tadi. Dalam perlawanan kedua Kumpulan B itu, jaringan tunggal Ronaldo berjaya mengatasi Denis Cheryshev dari Rusia, yang setakat ini meledak tiga gol. Penyerang prolifik Real Madrid itu menanduk masuk setelah memanfaatkan hantaran daripada Joao Moutinho menerusi sepakan sudut seawal minit keempat. Keputusan tersebut meletakkan Portugal selaku pendahulu Kumpulan B sementara menunggu perlawanan antara Iran menentang Sepanyol sebentar nanti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya