KUALA LUMPUR 1 Jun – Seorang ejen unit amanah dihukum penjara 40 tahun dan sebatan 24 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan meliwat anak perempuannya, Ogos tahun lalu. Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian terhadap lelaki berusia 37 tahun itu yang diwakili peguam N. Rajesh dan Tiu Foo Woei selepas membenarkan rayuannya terhadap hukuman. Lelaki itu selaku perayu pada 8 September tahun lalu…










