PULAU PINANG 1 Jun – Sebanyak RM140.4 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi menjayakan tiga projek kejuruteraan bekalan air untuk kepentingan penduduk serta negeri ini sejak tahun lepas. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek pertama iaitu Projek Saluran Paip Berkembar Dasar Laut Butterworth-Pulau Pinang yang bernilai RM125 juta untuk mengepam air terawat dari Sungai Dua telah bermula dan dijadual siap menjelang Disember 2020. Katanya, projek…










