Ribuan terperangkap jalan sesak - Utusan Malaysia

Ribuan terperangkap jalan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ribuan pengguna jalan raya dari arah Damansara ke ibu kota dan Petaling Jaya ter­perangkap dalam kesesakan apabila sebuah treler tanpa muatan terbabas lalu melintang di tengah jalan hingga menyebabkan laluan ke Kerinchi Link ditutup selama satu jam.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) Shah Rizal Moha­med Fawzi berkata, laluan berkenaan ditutup bagi membolehkan proses pe­ngalihan treler berkenaan berjalan dengan lancar yang mengambil masa selama satu jam.

“Kejadian itu berlaku pukul 1.04 petang apabila treler berkenaan terbabas dan menghalang laluan di lorong tengah dan kanan jalan.

“Kejadian berlaku apabila treler terbabit mengalami masalah brek. Laluan dibuka secara berperingkat bermula pukul 2 petang dan kembali lancar sejam kemudian,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, nasib yang sama dialami oleh pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) apabila mereka yang dalam perjalanan dari arah Hulu Klang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dalam kesesakan sepanjang enam kilometer akibat banjir kilat.

Tinjauan Kosmo! mendapati hujan lebat sejak tengah hari semalam menyebabkan lorong kiri MRR2 di kawasan Zoo Negara digenangi air namun pengguna terpaksa meredahnya untuk meneruskan perjalanan.

Keadaan itu mengakibatkan kesesakan lebih tiga jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN