Rendang Itik Serati Karnival Adilfitri - Utusan Malaysia

Rendang Itik Serati Karnival Adilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN 11 Jun-Sebanyak  29 usahawan produk kampung yang menyertai Karnival lndustri Asas Tani  Daerah Hilir Perak dijangka menjana pendapatan mencecah RM1juta sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.

Ketua Pengarah Fama Perak  Dato’ Ahmad Ishak  berkata tahun lalu sebanyak  RM853,390 diperolehi oleh ushawan yang sama dengan sasaran nilai jualan tahun 2018 mencecah  RM1 juta yang berniaga di Karnival Adilfitri di Dataran Menara Condong yang berkonsep Agrotourism.

Saya gembira apa yang di lihat semua produk melalui proses pembungkusan yang kemas dan rapi ,menarik dan cantik lengkap dengan maklumat yang terkini ,dengan peningkatan bakal  dicapai kerana pengguna yakin terhadap produk yang  dihasilkan usahawan berkualiti  tinggi  dan juga asahawan dari kampong .

Memuatkan artikel berkaitan…

katanya ketika merasmikan Karnival  Aidilfitri 143H MY BISKUT RAYA Menara Condong  peringkat Daerah Hilir Perak di Dataran menara Condong  di sini semalam.

Karnival yang bermula 1 Jun dan akan  berakhir  14 Jun pada malam Raya semalam memberi peluang  kepada  29 ushawan bumimputera  dibawah bimbingan FAMA memasarkan palbagai produk  menerusi karnival  Adilfitri yang kelima  dianjurkan oleh FAMA  Perak.

Yang turut hadir wakil-wakil Majlis Perbadaran Teluk lntan,29 wakil usahawan Karnival dan Pengarah FAMA Negeri Perak Basri Jasmo.

Katanya” di Karnival Adilfitri Menara Condong ini memberi tarikkan setiap tahun kepada pelangan dan juga pelancong  kerana di gerai Ushawann Kak Jah, Amanah Ikhtiar (AIM) berbagai jenis biskut Raya yang di buat dari produk-produk kampong, biskut Popia Nestum,Kuih Siput, Kuih Siput , Almond London, Kuih Bahulu semperit Susu dan kerepek keladi .

Antara pembekal produk di Bagan Datuk,Sungai Samak Hutan Melintang,Pasir Salak,Teluk Intan,Sungai Besar dan Taiping Perak.

Selain itu ‘sejak Karnival ini di buka di antara gerai-gerai menjadi tumpuan orang ramai keistimewaan nya di Gerai Pak Leh dengan Rendang Hitam Itik serati ,Rendang Puyuh ,Sagu Jawa dan biskut raya.

Pada tahun ini, terdapat 12 usahawan baru  dan 29  usahawan terlibat menghasilkan sebanyak angaran 1000  jenis biskut Raya  dan kuih  yang mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.

Sementara itu, Dato’ Ahmad Ishak  berkata, tahun  depan  FAMA melakukan pendekatan baharu dalam memasarkan produk usahawannya dengan membuka bazar di dalam berbentuk hamper Raya di mana sekarang di kompleks beli-belah banyak menyediakan hamper Raya kerana menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja,katanya di sidang media

Menurut beliau  Kerajaan negeri   begitu komited  dan memberi  sokongan yang penuh terhadap  ushawan yang gigih  menyertai karnival  jualan sepanjang masa dan tidak terhad kepada musim perayaan sahaja.

“Ushawan tidak perlu bimbang  kerana di negera ni mereka boleh mendapat dana pinjaman  daripada Amanah Iktiar (AIM) Tekun bagi meneruskan  kerjaya mereka sebagai ushawa dengan syarat mempunyai  keyakinan  terhadap   kebolehan sendiri”katanya.

“Ushawan untuk memajukan perniagaan bangkit  untuk hidup dalam bentuk formnula yang cukup  konsistan sebenarnya diberi  jaminan oleh Kerjaan Negeri”

Katanya,Karnival Adilfitri ini di tubuhkan pada tahun 2005 dan di Menara Condong ini merupakan   satu bangunan di iktirapkan sebagai  satu Warisan Kebangsaan  juga merupakan  satu tempat tarikan  semua masyarakat dan kaum dan terutama dari tarikan kepada pelancong.

Setiap tahun sambutan bertambah meningkat  dari masa ke masa sejak Karnival ini di wujudkan di Dataran Menara Condong ini yang menjadi mercu tanda kebangaan penduduk Teluk Intan.

Apa yang menarik pelanggan yang baru bagi usahawan  yang mengedarkan produk-produk Industri Asas Tani dan dapat membantu penguna  mendapat harga yang berpatutan dan memberi ruang dan peluang  kepada usahawan muda untuk menjalankan perniagaan  produk mereka  yang akan memartabatkan produk keluaran  Negeri Perak.

Untuk mempromosikan dan mempamerkan produk-prduk Industri Asas Tani di Negeri Perak di kalangan  orang  ramai dan komuniti  perniagaan dan mewujudkan rantaian perniagaan dan pasaran pernigaan  di medan  pertemuan di antara  perniaga kecil dan besar,agen-agen pemasaran  dan pelanggan.

Adanya Karnival ini dapat memberi  pulangan  yang sangat  baik kepada  usahawan  dan mendedahkan  usahawan kepada suasana  pemasaran serta  jaringan  pemasaran  yang lebih luas dan terbuka di negeri Perak

Produk-produk atau pun Biskut Raya yang menjadi perhatian semua golongan masyarakat seperti yang berada di Karnival Menara Condong ,Bahulu kampong,kerepek  pisang dan kerepek ubi kayu,Biskut kelapa bakar ,dodol durian.

Karnival ini diadakan  2 minggu  sebelum menyambut hari Raya Aidilfitri  setiap tahun  dan juga merupakan satu program kerjasama di antara pihak FAMA dan Majlis Perbandaran Teluk Intan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini