DUNGUN – Hasrat seorang remaja untuk bermandi-manda bersama rakan-rakannya di sebuah pusat rekreasi air terjun bertukar tragedi selepas dia maut dalam kemalangan di Jalan Paka – Al-Mukhtafi Bilah Shah dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, Che Wan Muhammad Akmal Ikbar Wan Mohd. Rosli, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, remaja terbabit dikatakan berkonvoi dengan menaiki motosikal bersama beberapa rakannya dari Kampung Cacar menuju ke Pusat Rekreasi Air Terjun Chemerong dekat sini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya