KUALA LUMPUR – Reformasi adalah perlu bagi memastikan Perdana Menteri tidak memegang portfolio Menteri Kewangan pada masa depan untuk mengelak konflik kepentingan dan berulangnya skandal berbilon ringgit 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Langkah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tidak memegang portfolio kewangan dan memberikannya kepada Lim Guan Eng di bawah kerajaan Pakatan Harapan disambut baik oleh rakyat, kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. “Ini kerana ia akan membolehkan semakan dan imbangan serta mencegah penyalahgunaan pengurusan ekonomi dan kewangan negara. “Itulah sebabnya kita memerlukan reformasi untuk mencapai matlamat ini,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya