PULAU PINANG 21 Jun – Universiti Sains Malaysia (USM) kini menduduki tangga ke-14 dalam kalangan 50 ‘Universiti Muda Terbaik Dunia’ berdasarkan data yang dikeluarkan sebuah syarikat pemasaran pendidikan tinggi dari Britain, Quacquarelli Symonds (QS). Terdahulu, universiti itu melonjak sembilan anak tangga daripada kedudukan ke-23 selepas tersenarai sebagai salah sebuah ‘universiti muda’ sejak 2016 dalam ranking yang dikenali sebagai ‘QS Top 50 Under 50‘ itu. Mengulas mengenai perkara itu, Naib Canselor…










