WALAUPUN tidak terdapat pusat-pusat hiburan mahupun kompleks beli-belah di Koh Yao, namun pulau kecil yang terletak di Laut Andaman itu mampu menarik kedatangan pelancong. Masih terpelihara daripada aktiviti komersial, pulau itu menggamit ramai pelancong dari Malaysia serta kalangan pengunjung yang mahu mencari ketenangan dan menikmati makanan laut yang lazat. Terletak di wilayah Satun, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, Koh Yao tidak disenaraikan sebagai destinasi pelancongan oleh pihak berkuasa Thailand. Pulau yang seluas…










