SEAWAL pukul 1 pagi, Al Hussain menyelusuri jalan-jalan yang lengang di sekitar bandar Rawalpindi, Pakistan. Berbekalkan pengalaman, dia memecah kesunyian pada waktu pagi itu dengan memukul gendang bagi mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur. “Bangun dan makan sahur!” laungnya sambil membunyikan gendang mengikut irama yang diinspirasikan daripada lagu tradisional Bhangra. Lagu Bhangra merupakan muzik popular di Pakistan dan muncul sejak pertengahan abad ke-20. Istilah bhangra pada asalnya merujuk kepada tarian yang…










