Proses peralihan menguntungkan saya - Anwar - Utusan Malaysia

Proses peralihan menguntungkan saya – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jun – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan proses peralihan kerajaan baharu yang sedang diusahakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi keuntungan kepada beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…
anwar ibrahim
Anwar Ibrahim

Anwar yang mengikut perancangannya bakal menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan memberitahu, beliau terlepas daripada tugas berat untuk memperbetulkan segala yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Ada hikmahnya juga saya bukan Perdana Menteri sekarang kerana tugasnya sangat mencabar, terpaksa bertempur hadapi kekuatan lama, rasuah besar, seluruh sistem kena betulkan, pegawai kerajaan, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Itu tugas berat, saya terlepas, kerja saya sokong sahaja. Kalau Dr. Mahathir berhasil dalam proses peralihan ini, ia menguntungkan saya juga, tidak merugikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam segmen Terus Terang yang disiarkan menerusi Facebook Invoke Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN