Promosikan budaya 'sifar pembaziran' - Utusan Malaysia

Promosikan budaya ‘sifar pembaziran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jun – Kerajaan disaran untuk menganjurkan pelbagai program kesedaran untuk membendung masalah pembaziran makanan yang semakin serius, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan dan Syawal setiap tahun.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kempen ‘sifar pembaziran’ perlu dipromosikan secara meluas merangkumi semua peringkat masyarakat supaya amalan pembaziran tidak lagi menjadi budaya rakyat Malaysia.

“Sepanjang bulan Ramadan tahun ini misalnya, dianggarkan pembuangan sisa makanan di seluruh negara telah mencecah sebanyak kira-kira 615,000 tan metrik yang mana kira-kira 270,000 daripadanya adalah makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula.

“Premis makanan perlu memperkenalkan program kesedaran dengan memberi nasihat kepada para pelanggan yang membazirkan makanan, malah pihak berkuasa dan penyedia makanan juga boleh mendenda pelanggan yang tidak menghabiskan makanan yang diambil daripada hidangan bufet,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Dr. Mohd. Pauze Mohamad Talha, setiap hari terdapat pertambahan kira-kira 4,000 tan metrik pembuangan sisa makanan termasuk makanan tidak terusik daripada hotel, kediaman persendirian, penjaja dan pelbagai lagi sumber lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN