Program iCGPA di Universiti Awam dihentikan - Utusan Malaysia

Program iCGPA di Universiti Awam dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Berkuatkuasa hari ini, Program Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintergrasi (iCGPA) tidak diwajibkan lagi di seluruh Universiti Awam.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihak Universiti Awam kini dibenarkan memilih sama ada mahu meneruskan atau menghentikan pelaksanaan program tersebut di universiti masing-masing.

“Jika pihak universiti mahu meneruskan program tersebut, keputusan itu hendaklah dibuat selepas mencapai kata sepakat bersama kakitangan akademik melalui sesi diskusi dan konsultasi dengan mereka.

“Jika universiti mahu menghentikan program iCGPA itu, dana lebihan daripada penamatan program itu hendaklah disalurkan kepada perpustakaan supaya universiti dapat melanggan jurnal antarabangsa yang bermutu secara online,” katanya. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN