BUKIT MERTAJAM 12 Jun – Polis Seberang Perai Tengah (SPT) menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dalam serbuan berasingan di Seberang Jaya awal pagi semalam. Dalam serbuan pertama pada pukul 5 pagi, seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan sepasukan polis yang menjalankan Op Pencegahan Jenayah di kawasan itu sebelum dia mengaku terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dengan dua rakannya. Ketua Polis Daerah SPTAsisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, polis kemudiannya menyerbu dua rumah milik lelaki yang dikenali sebagai ‘juling’ itu sebelum menahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya