Polis Kedah tahu Najib dan Rosmah bercuti di Langkawi - Utusan Malaysia

Polis Kedah tahu Najib dan Rosmah bercuti di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Polis Kedah mengetahui yang Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarga mereka bercuti di Langkawi, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim.

Beliau berkata,  pegawai keselamatan turut bersama-sama dengan bekas perdana menteri itu dan keluarganya dalam percutian  berkenaan.

“Kita tahu beliau bercuti di Langkawi termasuk datang dengan keluarga beliau pun kita tahu. Kita juga dapat tahu beliau ada beriadah dengan bermain golf dan berjumpa  kawan-kawan lama… orang UMNO termasuk bekas Menteri Besar Kedah, (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah).

“Saya  ambil tahu semua ini, sebab saya kena tahu apa berlaku dalam kawasan (jagaan) saya (Kedah),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zainal Abidin mengulas dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya Najib dan Rosmah ingin melarikan diri melalui Langkawi ke Myanmar sebelum ke China dan seterusnya ke negara  mentua anak perempuan mereka di Almaty, Kazakhstan setelah mereka dilihat membawa 30 beg. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN