GESAAN Kementerian Sumber Manusia supaya pengusaha restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan sebagai pekerja menimbulkan polemik dalam kalangan rakyat Malaysia. Menterinya, M. Kulasegaran pada awalnya berkata, peraturan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2019, sekali gus memberi peluang kepada pengusaha restoran mencari tenaga kerja tempatan bagi mengisi kekosongan tersebut. “Tidak ada kompromi. Kami akan memberi anda notis untuk melakukannya sebelum 31 Disember 2018,” tegas Kulasegaran dalam satu…










