TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Malaysia akan berjaya seperti Jepun sekiranya rakyat negara ini memiliki etika kerja, pemikiran dan sistem nilai seumpama warga Jepun serta mempunyai perasaan malu jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab atau melakukan dengan baik apa jua tugas yang dihadapi. Perdana Menteri Malaysia itu berkata, bila Dasar Pandang ke Timur pertama kali digubal ketika beliau menjadi perdana menteri pada era 80-an, ia bukan setakat menarik pelaburan dari Jepun atau datang belajar di negara ini. “Ia mengenai soal mempelajari etika kerja orang Jepun, perasaan malu rakyat Jepun bila mereka gagal melaksanakan tugas yang mereka telah janjikan,” katanya pada majlis makan…