PEKAN 30 Jun – Pemilihan pemimpin perlu dalam kalangan yang terbaik demi menerajui UMNO dan bukannya ganjaran habuan semata-mata. Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kepemimpinan UMNO perlu mengembalikan kepercayaan bukan sekadar mengubah pemimpin tetapi perubahan dalaman daripada segenap spektrum. “Mengubah sesebuah parti bukan sahaja mengubah pemimpin tetapi sikap, budaya, nilai, pendekatan, perilaku dan segala-galanya supaya kita disenangi serta dihormati rakyat. “Mungkin tuhan ingin mengajar kita,…