Pilih calon mampu bawa perubahan kepada UMNO - Utusan Malaysia

Pilih calon mampu bawa perubahan kepada UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 23 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan perwakilan supaya memilih calon yang mampu membawa perubahan kepada parti dalam pemilihan kali ini.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana UMNO kini dalam proses untuk menyusun semula strategi bagi memperkasakan dan memperkuatkannya semula.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, saya lihat semangat orang UMNO bertambah kuat dan jika ini merupakan tekad dan semangat baharu ahli UMNO, saya yakin usaha untuk berubah dan membangkitkan parti menjadi mudah.

“Apabila sudah ada semangat itu, ia perlu disalurkan sebaik mungkin menerusi pemilihan pemimpin yang akan menguruskan parti dengan baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Dr. Awaluddin Said. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN