PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petroliam National Berhad (Petronas) untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan negeri Sarawak berhubung hak syarikat minyak negara itu untuk mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas di negeri itu. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan relif perisytiharan yang dimohon Petronas tidak termaktub di bawah Perkara 4(4) dan Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 4(4) menyatakan bahawa prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang…










