Perkhidmatan GrabPay diperluas - Utusan Malaysia

Perkhidmatan GrabPay diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Grab Malaysia me­nyasarkan peningka­tan dua kali ganda bagi bilangan perniagaan yang mengambil bahagian dalam penggunaan platform GrabPay untuk tempoh dua bulan akan datang, berban­ding 500 syarikat pada masa ini.

Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Tyng berkata, platform dompet mudah alih terbaharu itu setakat ini boleh digunakan di lapan bandar raya utama seluruh negara iaitu sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, Melaka, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.

“Menerusi penggunaan GrabPay yang boleh diakses melalui aplikasi Grab, pengguna kini boleh membayar perkhidmatan yang ditawarkan tanpa menggunakan tunai termasuk di restoran dan kedai yang mengambil bahagian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan hanya menambah nilai wang ke dalam aplikasi Grab yang biasa digunakan, penawaran ini turut diperluaskan kepada perkhidmatan Grab yang lain termasuk GrabFood dan tambang pengangkutan KLIA Ekspres,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis pelancaran GrabPay di sini semalam.

Menurut Huey Tyng, pada masa ini, kebanyakan perniagaan yang mengambil bahagian dalam platform tersebut terdiri daripada peniaga-peniaga makanan dan minuman.

“Kami memberi fokus kepada kedai sementara, kafe dan rangkaian runcit yang memenuhi keperluan ha­rian pengguna.

“Pada masa akan datang, ia akan diperluaskan kepada rangkaian segmen-segmen runcit yang lain serta lebih banyak bandar raya di seluruh negara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini