JELI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menjalankan operasi memindahkan seekor gajah jantan yang ditangkap di Kampung Kalai di sini ke Santuari Gajah Sungai Deka, Terengganu hari ini. Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohd. Hasdi Husin berkata, operasi memindahkan gajah tersebut bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir sekitar pukul 12 tengah hari melibatkan seramai 18 anggota Perhilitan. “Lapan anggota dari Perhilitan Kelantan manakala 10 lagi dari pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK) Pahang. “Gajah itu ditembak dengan pelali sebelum ditarik dari tempat ditambat sejauh satu kilometer dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya