IPOH – Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Harapan (PH) diminta menyalurkan peruntukan tetap kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum bagi membolehkan mereka melaksanakan program dan aktiviti dengan lebih selesa dan efisien. Pengerusi Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jamaiy), Dr. Khairuddin Abdul Malik berkata, kebanyakan NGO tidak dapat bergiat secara aktif disebabkan kekangan kewangan. “Susah bagi NGO hendak bergiat dengan lebih aktif dan dalam masa sama perlu cari peruntukan bagi menampung perbelanjaan…










