IPOH – Perajurit muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan rahsia negara dan ketenteraan kepada mana-mana pihak yang tidak berkepentingan. Ketika membuat ingatan itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, perajurit muda perlu bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagaimana yang dilafazkan dalam ikrar sumpah taat setia kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan TUDM. Selain itu, katanya, tindakan tegas termasuk ditamatkan perkhidmatan akan dikenakan terhadap pegawai dan anggota TUDM sekiranya didapati bersalah melakukan sebarang perbuatan yang melanggar etika, peraturan dan undang-undang negara. “Pengurusan TUDM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya