MIAMI 19 Jun – Penyanyi rap terkenal yang juga juara carta, XXXTentacion maut ditembak pada waktu siang di Pantai Deerfield, utara Miami di sini, semalam. Jabatan Sherif Broward County dalam satu kenyataan berkata, penyanyi berusia 20 tahun dengan nama sebenar Jahseh Onfroy itu ditembak ketika berada berhampiran sebuah kedai motosikal dan disahkan meninggal dunia sewaktu dirawat di hospital berdekatan. XXXTentacion yang terkenal dengan irama ciptaan sendiri menduduki senarai teratas carta muzik Amerika Syarikat tahun ini. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya