Penurunan kemasukan pelajar institusi kemahiran membimbangkan - Utusan Malaysia

Penurunan kemasukan pelajar institusi kemahiran membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Penurunan 30 peratus kemasukan pelajar ke pelbagai institusi  kemahiran dalam tempoh dua tahun lepas dikhuatiri bakal mengakibatkan berlaku lambakan tenaga kerja berpendapatan rendah pada masa depan.

Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana jika berterusan ia boleh merencatkan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara berkemahiran tinggi.

Beliau berkata, walaupun negara mempunyai banyak kolej yang mengajar Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), namun kekangan kewangan dipercayai antara punca penurunan jumlah kemasukan pelajar ke institusi terlibat.

“Penurunan kemasukan pelajar itu perlu diteliti dan saya akan bangkitkan isu ini pada mesyuarat Kabinet kelak kerana kita mahu menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi seterusnya mengupayakan mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Tamil Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya sedang mengkaji semula dasar gaji minimum yang diguna pakai sekarang untuk mengutamakan hak rakyat Malaysia dalam sektor pekerjaan dan perinciannya akan diumumkan Isnin ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN