Penunggang maut terjatuh dari jejambat - Utusan Malaysia

Penunggang maut terjatuh dari jejambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jun – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal ditunggangi mereka terbabas sebelum terjatuh dari jejambat di Bulatan Batu Caves, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, mangsa Ranjit Singh Balbir Singh,45, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala rakannya Umar yang berasal dari Pakistan cedera di kepala dan dada.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Kepong menghala ke Selayang sebelum terlibat dalam nahas tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi Ranjit Singh terbabas sendiri dengan melanggar pembahagi jalan sebelum mangsa terjatuh lebih empat meter dari jejambat.

“Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sementara rakannya menerima rawatan di zon merah Hospital Selayang dekat sini,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, kes tersebut disiasat mengikut Siasatan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini