Peniaga air buka gerai haram - Utusan Malaysia

Peniaga air buka gerai haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengesahkan dua peniaga air yang ditahan polis kelmarin berhubung kes memukul anggota penguat kuasanya tidak memohon lesen perniagaan untuk berniaga di tapak Bazar Aidilfitri, Jalan Taiping di sini tahun ini.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, berdasarkan rekod pihaknya, peniaga terbabit kali terakhir memohon lesen berniaga di tapak bazar tersebut adalah pada tahun 2014.

Katanya, dalam insiden terbabit, pihaknya terpaksa merampas balang minuman peniaga terbabit kerana dia tidak mempunyai sebarang kebenaran atau lesen untuk berniaga di tapak bazar terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum tindakan merampas balang itu diambil, kita te­lah beberapa kali menasihatkan dan memberi amaran kepada peniaga berkenaan supaya tidak berniaga di tapak bazar itu ke­rana tidak mempunyai lesen.

“Kali terakhir amaran diberi pada Jumaat iaitu sehari sebelum hari kejadian. Ketika itu, dia (peniaga) bersetuju untuk tidak berniaga di tapak bazar itu lagi. Bagaimanapun, ketika kita membuat pemeriksaan pada hari kejadian (Sabtu) dia masih berniaga di kawasan itu,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan MPK di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini