Penguat kuasa MPK cedera ditumbuk pemandu kereta - Utusan Malaysia

Penguat kuasa MPK cedera ditumbuk pemandu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) benjol di bahagian kepala akibat ditumbuk oleh seorang lelaki ketika menjalankan tugas penundaan kemalangan jalan raya di Jalan Tengku Kelana di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.55 pagi itu, suspek yang berusia 27 tahun dan menaiki kereta jenis Toyota Vios berhenti di hadapan kenderaan yang mengalami kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek kemudian terus menuju kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, penguatkuasa MPK berusia 36 tahun terlibat kemudiannya meminta suspek mengalihkan keretanya namun dimarahi lelaki berkenaan.

“Suspek yang tidak berpuas hati seterusnya berlari ke arah mangsa sebelum menolak dan menumbuk beberapa kali di bahagian kening sebelah kiri mangsa.

“Kejadian tersebut kemudiannya berlarutan sehingga berlaku pergelutan antara suspek dengan mangsa,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jelas beliau, suspek tersebut berjaya ditahan lewat petang tadi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana  mendatangkan cedera kepada penjawat awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini