BEIJING 20 Jun – Penggodam China sedang melancarkan kempen pengintipan siber besar-besaran terhadap operator satelit, syarikat komunikasi dan kontraktor pertahanan di Amerika Syarikat (AS) dan Asia Tenggara. Firma keselamatan siber, Symantec memaklumkan pihaknya menyedari kempen tersebut pada Januari lalu walaupun telah memantau kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Thrip sejak tahun 2013. Tahun ini, Symantec telah mengesan ‘perisian malware (perosak) berkuasa tinggi’ di Asia dan percaya penggodam terbabit akan melancarkan operasi intipan dan serangan. Situasi itu wujud ketika ketegangan berlaku antara China dan AS berhubung isu keselamatan siber. Pada Isnin lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya