BATU PAHAT 31 Mei – Kesemua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri digesa bertanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Malah, kesemua mereka terutamanya di negeri-negeri yang tewas perlu mengikut langkah bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melepaskan jawatannya dalam parti. Pengerusi Badan Perhubungan Veteran UMNO Johor, Datuk Abd. Rahman Yunos berkata, UMNO perlu memberi peluang kepada muka baharu untuk melakukan perubahan menyeluruh…










