KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum dia terjatuh dari ketinggian lebih empat meter dalam satu kemalangan di bulatan Batu Caves di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 9.50 pagi itu, mangsa, Ranjit Singh Balbir Singh, 45, maut di lokasi kejadian manakala pemboncengnya, seorang lelaki warga Pakistan mengalami kecederaan parah di kepala. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner…










