ISU pelantikan Peguam Negara yang baharu, sudah lama didendangkan semenjak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan Malaysia. Pelbagai spekulasi dinyanyikan. Akhirnya semalam terungkai sudah kekusutan ini. Yang menyebabkan ada beberapa pihak masih tidak berpuas hati walaupun Yang di-Pertuan Agong telah membuat kenyataan bertulis. Ada dua perkara utama yang agak menarik dalam kes ini. Pertama, begitu ramai antara kita, tidak kira sama ada mereka itu ahli akademik, ahli politik atau peminat-peminat tegar…










