KUALA LUMPUR 1 Jun – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan peningkatan pendapatan pelaburan sebanyak RM12.88 bilion bagi suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2018, meningkat sebanyak 9.20 peratus berbanding RM11.79 bilion untuk tempoh yang sama tahun lepas. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, nilai aset pelaburan pula mencecah RM814.38 bilion, naik 0.53 peratus atau RM4.25 bilion dari 31 Disember 2017. Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan aset…










