Penalti Jedinak bantu Australia ikat Denmark - Utusan Malaysia

Penalti Jedinak bantu Australia ikat Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMARA, Rusia 21 Jun – Sepakan penalti ketua pasukan, Mile Jedinak membantu Australia mengikat Denmark 1-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C hari ini , sekali gus menghidupkan peluang untuk mencari tiket ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2018.

Jaringan Jedinak pada minit ke-38 menafikan hajat Denmark untuk mencatat kemenangan kedua selepas bermula baik dengan mendahului seawal minit ketujuh menerusi Christian Eriksen, yang menyudahkan hantaran cantik Nicolai Jorgensen di Samara Arena.

Peluang kedua-dua pasukan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya kini bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir kumpulan, yang mana Australia akan berdepan Peru, manakala Denmark bertemu bekas juara, Perancis.

Denmark, yang mengalahkan Peru 1-0 dalam aksi pembukaan perlu berterima kasih kepada penjaga gol, Kasper Schmeichel kerana cemerlang menangkis dua sepakan padu lawan menerusi Daniel Arzani dan Mathew Leckie di penghujung permainan.

Bagi Australia, kejayaan mengikat Denmark menghidupkan semula harapan mereka selepas kalah 1-2 kepada Perancis dalam perlawanan pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN