KUALA LUMPUR – Seorang penagih dadah tergamak mencampakkan anak lelakinya yang berusia dua tahun semata-mata untuk melarikan diri selepas sebuah sarang penagihan dadah di gempur anggota polis di Kampung Fajar, Hulu Kelang di sini Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, kanak-kanak malang tersebut mengalami kecederaan pada belakang badan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ketika…










