SAUDARA PENGARANG, SAYA perhatikan bahawa minat ahli-ahli UMNO untuk bertanding merebut jawatan dalam pemilihan parti kali ini begitu hambar sekali jika dibandingkan masa lampau. Pemilihan jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi akan diadakan pada hujung bulan ini. Sepatutnya mereka yang berminat berlumba-lumba mahu menjadi calon tetapi ini berlaku sebaliknya. Adakah ini disebabkan ’trauma’ berikutan kekalahan pilihan raya baru-baru ini atau adakah kerana UMNO tidak lagi berkuasa…










