Pembinaan Ibu Pejabat HSBC di TRX mendahului jadual - Utusan Malaysia

Pembinaan Ibu Pejabat HSBC di TRX mendahului jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – HSBC Bank Malaysia Bhd. (HSBC) antara pelabur dalam projek Tun Razak Exchange (TRX) gembira dengan perkembangan pembinaan bangunan ibu pejabatnya di zon kewangan itu yang mencatatkan kemajuan mendahului jadual, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Stuart Milne. “Kami amat gembira dengan kemajuan itu dan kami akan memindahkan sebahagian perniagaan kami menjelang Disember 2020,” katanya kepada pemberita selepas perasmian HSBC Amanah Malaysia Bhd. cawangan Sri Petaling di sini hari ini. Pada Khamis lepas, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan menyuntik pembiayaan tambahan sebanyak RM2.8 bilion untuk memastikan penyiapan TRX bagi mengelakkan pembayaran pampasan RM3.51 bilion. Milne berkata, komitmen yang diberikan pihaknya adalah besar memandangkan mereka melabur lebih AS$250 juta atau RM1 bilion untuk ibu pejabat.…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN