KUALA LUMPUR – Makanan yang tidak dihabiskan atau yang tidak terjual di bazar-bazar Ramadan merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kutipan harian sisa pepejal yang dipungut syarikat konsesi Alam Flora. Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, pembaziran makanan pada bulan Ramadan dapat dilihat dengan pertambahan kutipan sampah sebanyak 511 tan metrik di Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang tempoh 25 hari berpuasa. Sepanjang tempoh itu 44,634 tan metrik sampah dikutip…










