Pemain muda Gergasi Merah perlu berjiwa besar - Utusan Malaysia

Pemain muda Gergasi Merah perlu berjiwa besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAIN muda Selangor perlu berjiwa besar selepas diberikan kepercayaan untuk diturunkan bersama skuad utama ketika berdepan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Sebelum ini peminat memperkatakan skuad Gergasi Merah sering menurunkan pemain muda dan ia menyukarkan mereka untuk mengu­tip tiga mata di laman sendiri atau ketika bertandang ke tempat lawan.

Pemain tengahnya, Muhammad Syahmi Safari merasakan perasaan takut tidak harus wujud dalam diri pemain apabila kepercayaan telah diberikan oleh jurulatih untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesiapa sahaja yang terpilih dalam skuad utama, mereka perlu percaya dengan kemampuan diri untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan.

“Jurulatih memilih seseorang pemain kerana melihat mereka mempunyai kelebihan dan kepentingan tersendiri meskipun usia kami jauh lebih muda berbanding pasukan lawan.

“Kami perlu buang rasa gementar apabila bertemu PKNS FC ke­ra­na pemain bakal berdepan Safee Sali, Mahali Jasuli dan Faris Ramli yang jauh lebih berpengalaman.

“Pemain perlu berjiwa besar apabila terpilih untuk diturunkan kerana aspek tersebut akan menghilangkan perasaan gementar atau rendah diri apabila berdepan PKNS FC malam ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini