KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu merupakan satu penghormatan terbesar kerajaan kepada institusi tersebut. Menurut bekas Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, beliau gembira dan menyambut baik pelantikan itu memandangkan Nor Shamsiah telah lama berkhidmat dengan bank pusat tersebut. “Nor Shamsiah merupakan bekas Timbalan Gabenor BNM semasa saya berkhidmat dan beliau tahu semua perkara mengenai perbankan pusat. “Beliau…










